Penggunaan Enjin Pencari
Bahan Bahasa Melayu
Apakah itu enjin pencari
bahan? Enjin pencari bahan dalam Bahasa Inggeris ialah "Search Engine". Secara
ringkasnya, enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan
pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Antara contohnya
termasuklah google.com, yahoo.com baidu.com dan banyak lagi yang terdapat dalam
era globalisasi ini.
Persoalannya, apakah penggunaan enjin pencari bahan dalam Bahasa Melayu.Secara umumnya, penggunaan enjin pencari bahan dalam Bahasa Melayu termasuklah :
1. Kami akan dapat memperoleh pelbagai maklumat dari seluruh pelosok dunia ini.
2. Dengan penggunaan engin pencari bahan ini, ia akan memberikan motivasi dan seterusnya dapat menarik minat para pelajar untuk terus belajar serta dapat mempelbagaikan gaya pembelajaran.
3. Tambahan pula, ia pula membolehkan para pelajar mendapat dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka dan ini boleh dikatakan pelajar akan menerokai pembelajaran kendiri.
4. Enijn pencari ini turut memberi peluang kepada para pelajar
untuk memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah dengan menggunakan
Internet
5. Malahan, enijn ini akan dapat membantu meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan
baik dan berkesan.
*Ini merupakan contoh-contoh
enjin pencari bahan yang kerap digunakan oleh masyarakat seantero dunia.
No comments:
Post a Comment