Tugasan 7

Minggu 7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
1) Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
• Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
• Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Cara Bagaimana Manusia Berfikir :
Memproses ----> Menyimpan ----> Mengingat Kembali
Prinsip-prinsip Model Pemprosesan Maklumat :
a) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
b) Pengaliran maklumat dua hala
c) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan
d) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat
2) Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Simulasi Pengajaran Dengan Menggunakan Tapak Pembelajaran
Contoh-contoh tapak pembelajaran :
a) Skor A
b) tutor.com
c) guru.net.my
d) myschool.net.my
Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran :
Langkah pertama :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P. Sebagai contohnya,
Langkah kedua :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah.
Langkah ketiga :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.
Langkah keempat :
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei.
Langkah kelima :
Soalan akan berbentuk format PDF.

No comments:

Post a Comment